Saturday 14 January 2012

dendangan retro~~~

        Semasa dalam perjalanan nak ke airport klia, kak sabi mendengar radio dalam kreta... tiba-tiba terkeluar lagu retro yang mana lirik nye begini,,, ''senyuman mu, telinga mu,, pilih lah aku jadi teman mu~~~''... mendengar lirik sedemikian, tanpa membuang masa kak sabi teros memaki hamun lagu itu~! Selepas puas memaki, kak sabi juga sempat berdoa untuk si penulis lirik lagu tersebut agar sembelit penulis lirik itu akan sembuh dengan segera~!

     Lebih menduka cita kan lagi, sehingga kak sabi naik atas kapal terbang pun lagu itu masih terngiang-ngiang di telinga kak sabi... setiap kali lagu itu terngiang2 kak sabi akan memaki dalam hati... kadang2 kak sabi memaki sehingga orang sebelah boleh dengar makian itu.... begitu lah 4jam dlm kapal terbang lagu itu senantiasa berdendang-dendang dlm telinga kak sabi...

     kak sabi meramalkan, penulis lirik itu pasti tidak fasih berbahasa melayu~! dan kak sabi juga betul2 yakin bahawa penyanyi lagu tersebut pasti seorang yang sentiasa berkeyakinan tinggi, bersemangat, dan sentiasa happy~! dan yang lebih penting penyanyi lagu itu sudah tentu tiada cita rasa.... dan dan dan penyanyi itu pasti merasakan lagu itu adalah lagu terbaik nye...

  


gambaran -  penulis lirik pasti bukan dari orang yang fasih berbahasa melayu...



gambaran si penyanyi - senantiasa berkeyakinan tinggi dan gembira selalu...



  Namun moral nye disini,,, kak sabi bersyukur kak sabi masih hidup dan tiada orang terbunuh pada ketika itu....

No comments:

Post a Comment